Latihan ketenteraan Eren, Armin dan Mikasa akhirnya bermula. Remaja dari pelusuk kerajaan cuba menyertai barisan ketenteraan dengan pelbagai tujuan dan matlamat – Keselamatan, kekayaan, ketenteraman, dan dendam.
Beberapa pelatih juga melalui pengalaman yang hampir sama seperti Eren – mempunyai sejarah pahit dan seram tentang gergasi. Pandangan dan resolusi berbeza dari remaja mentah; cuma menjaga maruah keluarga dan diri.