Latihan ketenteraan Eren, Armin dan Mikasa diteruskan selama tiga tahun. Mereka dinilai dari pelbagai ciri untuk melayakkan mereka menjadi tentera rasmi. Di akhir latihan, 10 pelatih terbaik akan mendapat peluang untuk menyertai Polis Tentera – manakala pelatih yang lain bebas untuk memilih samada untuk menyertai Angkatan Peninjau atau Penjaga Sempadan.
Dalam kekalutan dan kekeliruan pelatih lain untuk hidup mudah di daerah pedalaman, matlamat dan cita-cita Eren tetap dengan Angkatan Peninjau.