Anon

ct3fansubs, 01 March 2016 10:40:52 | Ct3 talks | Tags: | No Comments
Home > Anon

Tanggal 28hb yang lalu, kami telah dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan. Seorang (atau lebih) telah menggunakan nama kami (dan seumpamanya) untuk menyerang dan merendah-rendahkan produk dan keluaran fansubs lain (Tapawsubs dan Ayasaku), termasuk membuat serangan peribadi dalam bentuk Private Message melalui medium chatango Рsebuah servis percuma untuk meletakkan modul perbualan ke dalam laman sesawang.

Berhubungan dengan kes ini, kami rasa pihak ct3-fansubs perlu memberi penjelasan khas berkenaan anon (singkatan bagi Anonymous) tersebut. Berikut adalah saluran-saluran (dan akaun) rasmi yang digunakan oleh ahli (terutama sekali admin) ct3-fansubs.

 

Page facebook rasmi kami: fb.me/ct3-fansubs

Twitter rasmi kami: @ct3fansubs (twitter.com/ct3fansubs)

Akaun Chatango admin : @h3nshinh3r03s (http://h3nshinh3r03s.chatango.com/)

*akan ditambah kemudian jika ada yang saya terlupa*

 

Selain daripada 3 saluran ini, kami TIDAK akan menggunakan saluran lain untuk hebahan, pendapat, mahupun kritikan. Kami harap insiden 28 Februari ini menjadi teladan dan titik tolak kemajuan fansubs Malaysia secara keseluruhan.

 

p/s: Sebab itulah kami dah lama tak letak modul chatting dalam website. Banyak benda boleh jadi.

 

Sekian, harap maklum.

Broken links? Mungkin ia ada di SINI.

Leave a Reply

Facebook Comment:

Wordpress Comment: