Perginya Sebuah FTP

ct3fansubs, 27 December 2016 00:50:57 | Ct3 talks | Tags: | No Comments
Home > Perginya Sebuah FTP

Assalamualaikum, salam sehati sejiwa.

Pada 17 Disember yang lalu, SEMUA fail dalam server FTP kami telah pergi buat selamanya. Kehilangan fail-fail ini sebahagian besar disebabkan oleh kecuaian pihak kami. Server yang membekalkan fail2 keluaran kami secara percuma ini ialah satu bentuk servis berbayar (Dengan duit poket kami sendiri) dan atas masalah kekangan masa, kami tak berjaya membayarnya dalam ruang masa tersebut (1hb – 7hb).

Kami masih dalam proses mencari semula fail-fail yang sebelumnya tersimpan di dalam server tersebut – namun kami juga yakin ia MUSTAHIL dapat mencarinya kesemuanya semula.

On the bright side ~ kami telah melanggan servis server yang sama, namun dalam kapasiti HDD yang jauh lebih sedikit (hanya 50GB). Kami telah selesai memuatnaik siri Gundam 00 s1 dan Shingeki no Kyojin kami ke server baru tersebut – dan semua pautan (link) dalam laman sesawang kami ini sudah kami kemaskini untuk terus mendapatkannya dari server baru tersebut.

Seluruh warga Ct3-fansubs memohon maaf di atas masalah teknikal ini.

Ct3-fansubs mengucapkan Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru 2017.

Broken links? Mungkin ia ada di SINI.

Leave a Reply

Facebook Comment:

Wordpress Comment: