Memaparkan post dengan tag "shingekinokyojin".

Shingeki No Kyojin 18 – Hutan Gergasi

Shingeki No Kyojin 18 – Hutan Gergasi

Berita mengenai ancaman rusuhan gergasi yang hadir dari belakang sayap kanan semakin merebak. Satu demi satu skuad yang terpisah itu tahu tentang ancaman tersebut. Jalan penyelesaian Komander Erwin? Masuk ke dalam hutan gergasi, satu kawasan peranginan terbiar selepas kejatuhan Tembok Maria.

Shingeki No Kyojin 17 – Gergasi Betina

Shingeki No Kyojin 17 – Gergasi Betina

Ekspedisi Luar Tembok ke-57 kini bermula! Gerbang tembok telah dibuka dan para kadet baru Angkatan Peninjau juga telah memulakan pengembaraan pertama mereka di luar tembok. Sunyi dan sepi di luar tembok sesekali dipecahkan oleh bunyi hentakan kaki gergasi dan desingan tembakan pistol isyarat. Tanpa mereka tahu, ada “seorang” gergasi yang cuba menganggu ekspedisi mereka.

Shingeki No Kyojin 16 – Yang Perlu Dilakukan Sekarang

Shingeki No Kyojin 16 – Yang Perlu Dilakukan Sekarang

Kerana dua gergasi subjek ujikaji ketenteraan telah dibunuh, pihak tentera sibuk mencari pesalah yang bertanggungjawab di atas jenayah tersebut. Dalam kesibukkan tentera menyelesaikan upacara pemergian rakan-rakan tentera yang terkorban – para kadet masih memikirkan cabang tentera yang patut mereka sertai. Pengawal Sempadan, Polis Tentera, atau Angkatan Peninjau?

Shingeki No Kyojin 15 – Skuad Operasi Khas

Shingeki No Kyojin 15 – Skuad Operasi Khas

Eren akhirnya diserap ke Skuad Operasi Khas (Unit Levi) di dalam Angkatan Peninjau, namun apakah yang bakal menantinya? Setelah unit tersebut berpindah ke pedalaman untuk tujuan memudahkan pengawasan Eren, dia mula mengenal ahli Unit Levi. Namun begitu, malam Eren menjadi tak tenang kerana kehadiran Ketua Skuad Hanji…

Shingeki No Kyojin 14 – Tak Mampu Memandang Matanya

Shingeki No Kyojin 14 – Tak Mampu Memandang Matanya

Walaupun Eren berjaya membuktikan kegunaannya dalam operasi merampas Trost, masih ada beberapa pihak tentera yang kurang mempercayainya. Dipenjara sehingga entah berapa hari, akhirnya dia dibebaskan dan dibawa ke sebuah bilik perbicaraan.