Katsumi dan Kyoko membawa Kotaro bertemu dengan Hisao, seorang peminat Kamen Rider Black yang takut untuk melalui pembedahan jantungnya. Kotaro juga membawa pesan Kamen Rider kepada Hisao untuk dia menjadi berani dan tabah untuk menghadapi pembedahan itu. Namun begitu, situasi bertukar cemas apabila bekalan elektrik di Hospital Seiwa terputus kerana rancangan Golgom.
Black, Release | Tags: Black, featured | No CommentsPertarungan yang akan menentukan masa depan Bumi kini bermula! Siapakah yang akan memikul tanggungjawab ini? Manusia ataupun Innovedo?
Gundam 00 s2 BR, Release | Tags: featured, Gundam 00 s2 | 2 CommentsAtas dorongan ayahnya, Mami berusaha untuk turut serta dalam aktiviti sukan rakan-rakan lelakinya, namun dia sentiasa menghadapi kesukaran. Minami Kotaro melihat ketekadan ini, dan sentiasa memuji Mami. Tetapi Golgom kemudiannya mengetahui tentang perlakuan Mami ini dan mengambil keputusan untuk menggunakannya dalam rancangan jahat mereka untuk membuat kacau bilau kepada kepercayaan dan struktur masyarakat.
Black, Release | Tags: Black, featured | No CommentsRoad Sector dah beberapa kali merosakkan rancangan Golgom dengan membantu Kamen Rider Black sewaktu beliau di dalam masalah. Atas sebab itu, Golgom cuba mencipta sebuah motosikal yang dapat menandingi kemampuan Road Sector dengan menggunakan ingatan Profesor Daimon, pencipta asal Road Sector. Dapatkah motosikal ciptaan Golgom ini mengalahkan Road Sector milik Kamen Rider Black?
Black, Release | Tags: Black, featured | No CommentsProfesor Takayama mengagumi ikan selakant, dan akhirnya berjaya menjadi Kaijin Selakant selepas melalui pembedahan Golgom. Kini, tugas beliau ialah untuk mencipta proses pembedahan untuk mencipta pahlawan wanita bagi Golgom, dan beliau mahu Katsumi (teman wanita Nobuhiko) menjadi pahlawan wanita Golgom yang tercantik dan terkuat.
Black, Release | Tags: Black, featured | No Comments