Rela? Atau Paksa Rela?

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Apa yang saya bakal nukil ini mungkin menyinggung sesetengah pihak. Sila menerima teguran ini dengan fikiran yang terbuka.

Kumpulan Ct3-fansubs dan semua keluaran Ct3-fansubs dikeluarkan secara percuma, jadi jangan demanding.
Semua urusan re-uploading broken links juga kami jalankan dalam jadual yang padat, dan mengambil masa yang lama. Setiap hari, admin cuba peruntukkan 5-8 episod untuk di-reupload semula, dengan saiz fail lebih kurang 1GB – jadi jangan terlalu mendesak.

Dalam tempoh 3 tahun, mustahil Ct3-fansubs tak mendapat pulangan semula dengan ads (iklan) kan? Jangan tipu kami…
Jumlah duit pulangan hasil iklan nuffnang kami sehingga kini hanya RM1.25. Kami sertakan sekali jumlah pelawat yang melawat laman Ct3 sepanjang minggu lepas.

Kami hanya mendapat purata jumlah 800-900 pelawat sebulan dan nilai tersebut tidaklah setinggi yang anda sangkakan. Ada lebih banyak laman blog tempatan lain yang mendapat jumlah pelawat jauh lebih banyak daripada Ct3, dan mendapat pulangan yang lebih lumayan hasil promosi iklan. Adakah pulangan RM1.25 itu berbaloi dengan tempoh 3 tahun kami bermandi peluh dan menggadaikan masa untuk fansubbing? Tidak sama sekali. Yang meneruskan fansub ini hanyalah semangat juang dan komitmen kendiri untuk memudahkan rakyat Malaysia menonton siri Kamen Rider dengan sarikata Bahasa Malaysia.

Fansubbing ialah pekerjaan bergaji.
Tidak, kami langsung tidak menerima bayaran satu sen pun atas keluaran kami.

Seperti TvNihon dan Overtime, kami yakin Ct3 mempunyai ramai Staf.
Tidak sama sekali, bilangan ahli kami yang aktif hanya 2 orang. Mantan staf yang lain kini bersara dari arena pensarikataan kerana sudah sibuk dengan komitmen masing-masing. Kami juga pernah menerima staf yang hanya aktif untuk beberapa episod sebelum menyedari yang mereka kurang komitmen untuk tugas mencabar ini. Walau apa pun, kami berterima kasih atas kesudian mereka membantu kami untuk beberapa episod tersebut.

Internet staf Ct3-fansubs sudah tentu sangat laju.
Tidak, buat masa sekarang admin hanya menggunakan pakej streamyx 512kbps. Jika anda ingin memaksa admin untuk menukar kepada pakej lain, sila rujuk luahan #2.

Kami banyak membantu Ct3 dengan memberi maklumbalas… Tak cukupkah?
Kami menghargai maklumbalas anda, tapi jika termampu – sila pastikan maklumbalas anda berasas dan tepat pada masanya. Menerima terlalu banyak maklumbalas yang terlalu demanding membunuh komitmen kami untuk meneruskan pensarikataan. Sebagai contoh, seorang pengguna bernama AXL kini rajin memberi makluman tentang broken links kami. Kami percaya, niat beliau tidak lain tidak bukan ialah untuk memaklumkan kami tentang perkara tersebut. Tapi apabila beliau meletakkan beberapa post tentang makluman tersebut dengan banyak di ruangan Shoutbox, ia menjadi suatu paksaan dan bersifat demanding. Kerana itulah kami membuka ruangan komen di Page DLL, supaya makluman broken links ini mudah diurus dan tepat pada tempatnya.

Kami membantu Ct3 dengan meletakkan downloads link tersebut di blog kami.
Kami tidak menggalakkan user copy-paste kesemua link kami dan meletakkannya di blog peribadi atas sebab luahan #2 dan #3. Kalau termampu sila sertakan link ke laman kami.

Saya membuka topik Kamen Rider sarikata BM di forum XXX.
Kami ucapkan terima kasih kerana menyebarkan berita tersebut. Namun begitu, kebanyakkan insan yang melakukan perbuatan ini tidak meletakkan kredit atas fansubber asal dan cuba mengambil nama keluaran ini untuk dirinya sendiri. Kami percaya ini ialah satu tindakan yang kurang bermoral.

Kita hanya mampu merancang…

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Beberapa hari yang lalu sangat benar-benar mencabar bagi pihak kami (Ct3-fansubs) khasnya, dan kepada seluruh dunia Fansubs secara khasnya. Dasar seperti SOPA (Stop Online Piracy Act) dan PIPA (PROTECT IP Act) telah mengejutkan budaya biasa kita di Ct3-fansubs, iaitu untuk berkongsi minat tentang Tokusatsu (Kamen Rider) dan Anime kepada masyarakat di Malaysia.

Beberapa hari yang lalu, laman file hosting yang kami biasa gunakan Megaupload telah ditutup sepenuhnya oleh FBI. Alasan penutupan tersebut ialah kerana pemiliknya, Kim Dotcom telah mengaut untung yang banyak dengan menggunakan bahan-bahan yang mempunyai akta hak cipta. Pengasas dan pemilik Megaupload tersebut telah ditangkap bersama orang-orang kanannya atas sebab-sebab tersebut.

Kami juga baru dapat tahu yang file-hosting lain seperti FileSonic juga telah mengubah polisi mereka berkenaan file-sharing kerana risau turut menerima nasib yang sama seperti Megaupload.

Kami masih cuba mencari penyelesaian mudah untuk meneruskan tanggungjawab kami di Ct3-fansubs. Antara cara perkongsian fail lain yang dapat kami fikirkan buat masa ini ialah dengan IRC channel, dan juga Torrent – namun kedua-duanya memerlukan komitmen masa, yang memaksa kami untuk sentiasa dalam talian (online) untuk menjadi server/seeder kepada fail-fail keluaran kami.

Jika kami masih tidak menemui cara lain, dukacitanya dimaklumkan yang Ct3-fansubs ada kebarangkalian untuk ditutup. Admin (h3nshin_h3r03s) sudah 5 tahun menempuhi suka duka arena fansubbing dan ini mungkin masa yang sesuai untuk menghentikan komitmen kepada pensarikataan, dan lebih kepada kehidupan.

Kami akan memaklumkan perkembangan kami dalam masa yang terdekat.

 

Peminat Tokusatsu seluruh Malaysia, ia 5 tahun yang berharga bagi saya selama-lamanya.

Sekian, terima kasih – Assalamualaikum.

Tahun Baru, 2012

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

Kami di Ct3-fansubs masih bersyukur untuk masih wujud sehingga 2012, dan kami harap kami akan tetap bertahan sehingga 2013. Berikut ialah maklumat-maklumat istimewa yang buat pertama kalinya kami dedahkan kepada anda tentang kami pada tahun 2011.

 

Jumlah keluaran (2011): 50.

Jumlah peminat Facebook (2011): 410.

Senarai keluaran (2011):-

  1. Kamen Rider W 17
  2. BUCK-TICK – Kuchizuke (Shiki OP)
  3. Kamen Rider W 18
  4. Kamen Rider W 19
  5. Kamen Rider W 20
  6. Shiki 05 HD
  7. PV – Anything Goes (OOO OP)
  8. Kamen Rider W 21
  9. Kamen Rider W 22
  10. Shiki 06 HD
  11. PV – W-B-X W-Boiled Extreme (W OP)
  12. Shiki 07 HD
  13. Shiki 08 HD
  14. Shiki 09 HD
  15. Shiki 10 HD
  16. Shiki 11 HD
  17. Shiki 12 HD
  18. Shiki 13 HD
  19. Shiki 14 HD
  20. Shiki 15 HD
  21. Shiki 16 HD
  22. Shiki 17 HD
  23. Shiki 18 HD
  24. Shiki 19 HD
  25. Shiki 20 HD
  26. Shiki 20.5 HD
  27. Shiki 21 HD
  28. Shiki 21.5 HD
  29. Shiki 22 HD (end)
  30. Kamen Rider Fourze Treler 1 SD
  31. Kamen Rider Fourze Treler 1 HD
  32. PV – kanonxkanon – Calendula Requiem (Shiki OP 2)
  33. Kimi ni Todoke Live Action Movie
  34. Kamen Rider Fourze Treler 2 HD
  35. PV – Flumpool – Kimi ni Todoke (Kimi ni Todoke Live Action Movie OST)
  36. Kamen Rider Fourze 01
  37. Kamen Rider Fourze 02
  38. Kamen Rider Fourze 03
  39. PV – Kamen Rider Girls – Let’s Go Riderkick 2011 SD
  40. PV – Kamen Rider Girls – Let’s Go Riderkick 2011 HD
  41. Kamen Rider Fourze 04
  42. Kamen Rider Fourze 05
  43. Kamen Rider Fourze 06
  44. Kamen Rider Fourze 07
  45. Kamen Rider Fourze 08
  46. Kamen Rider Fourze 09
  47. Kamen Rider Fourze 10
  48. Kamen Rider Fourze 11
  49. Kamen Rider Fourze 12
  50. Kamen Rider Fourze 13

 

Kami berharap untuk terus mensarikatan siri-siri menarik untuk anda tahun ini. ^_^

Projek – Kamen Rider Fourze

Assalamualaikum, salam Ramadhan, salam 1 Malaysia.

Jika anda tak sedia maklum, siri Kamen Rider OOO akan tamat dalam 4 minggu lagi dan siri baru (Kamen Rider Fourze) akan bermula pada 4/9/2011.

Oleh sebab yang demikian, kami ingin memaklumkan para peminat Kamen Rider bahawasanya kami bercadang untuk mensarikatan siri Fourze ini. Untuk itu, kami memerlukan staf bagi memudahkan dan melicinkan proses pensarikataan tersebut. Berikut ialah kekosongan jawatan yang kami perlukan segera.

  • Penterjemah (Jap->Bm) (Eng->Bm pun takpa)
  • Timer (Yang berpengalaman diutamakan)
  • Pengatur huruf  (Typesetter) (Seriously, this is the Malay term for typesetter)
  • Pembuat Karaoke (Auto4/AFX)
  • Distro/Pemuatnaik (Uploader)

Namun begitu, kami juga perlukan QC (Quality Checkers/Pengawal Kualiti) untuk memastikan setiap keluaran berkualiti.

Jika berminat, sila hantarkan maklumat anda ke ct3fansubs@gmail.com. Kami menunggu penyertaan anda ^^.

 

Assalamualaikum. Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Isu Muat Turun

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua!

 

Hari ini bermulalah satu era baru bagi rakyat Malaysia kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan sekatan besar-besaran kepada laman-laman web filehosting.

Laman-laman web yang menerima sekatan

  • warez-bb
  • thepiratebay.org
  • movie2k.to
  • megavideo.com
  • putlocker.com
  • depositfiles.com
  • duckload.com
  • fileserve.com
  • filestube.com
  • megaupload.com

Kami menggunakan filehosting yang kami bold untuk mengedarkan keluaran-keluaran kami. Ini juga termasuk dengan keluaran lama (Kamen Rider Den-O, Kamen Rider Kiva, Casshern Sins) dan kami juga menerima kesan yang sama. Melawan pengedaran cetak rompak memang satu tindakan yang baik tapi seksanya… Siapa yang tahu kan?

Kami akan terus mengeluarkan keluaran Shiki dan Kamen Rider W seperti biasa – dan insyallah jika kami mempunyai cara untuk membuat backup dan membuat naik turun ke laman filehosting yang lain, kami akan update list yang ada di forum kami.

 

Apa pun terjadi, kita akan terus berjuang ke akhirnya.