Memaparkan post dalam kategori "Ghost".

Kamen Rider Ghost 15 – Derita! Kedegilan Pakar Melepaskan Diri! (BD)

ct3fansubs, 12 July 2017 21:00:35 | Ghost, Release | Tags: , | No Comments
Kamen Rider Ghost 15 – Derita! Kedegilan Pakar Melepaskan Diri! (BD)

Kanon akhirnya keluar daripada hospital, dan Takeru dan rakan-rakannya menyambut berita baik ini dengan mengadakan parti kecil. Sewaktu berbual dengan Makoto, Takeru akhirnya tahu tentang satu Eyecon adiwira yang Makoto sendiri tak dapat gunakan. Eyecon Houdini – ahli silap mata yang terkenal dengan kepakarannya melepaskan diri dari perangkap-perangkap mustahil.

Kamen Rider Ghost 14 – Permandangan Indah! Fajar Bumi! (BD)

ct3fansubs, 02 July 2017 00:48:49 | Ghost, Release | Tags: , | No Comments
Kamen Rider Ghost 14 – Permandangan Indah! Fajar Bumi! (BD)

Takeru berbelah bagi samada untuk membantu penubuhan Pakatan Sat-Cho ataupun menyiasat masalah gangguan saluran komunikasi kerana perbuatan Ganma. Eyecon Ryoma atau menyelamatkan orang lain? “Impian” Takeru semasih kabur…

Kamen Rider Ghost 13 – Teruja! Lelaki Merdeka! (BD)

ct3fansubs, 24 June 2017 11:30:18 | Ghost, Release | Tags: , | No Comments
Kamen Rider Ghost 13 – Teruja! Lelaki Merdeka! (BD)

Ganma aktif semula, dan gangguan elektromagnet dapat didengari oleh peranti mudah alih dan menyebabkan orang awam pengsan. Dalam keadaan itu, ramai orang yang berkumpul sekitar seseorang di bandar – memberikan nasihat dan motivasi tentang impian mereka. Adakah orang itu penyebabnya?

Kamen Rider Ghost 12 – Luhur! Kesediaan Seorang Lelaki! (BD)

ct3fansubs, 19 June 2017 10:15:00 | Ghost, Release | Tags: , | No Comments
Kamen Rider Ghost 12 – Luhur! Kesediaan Seorang Lelaki! (BD)

Dalam berbaki 21 hari, Takeru dan rakan-rakan yang lain perlu mengumpul 4 lagi Eyecon – sebelum Takeru lesap dan hilang sepenuhnya. Masa Takeru semakin suntuk kerana Ganma juga langsung tak menyebabkan fenomena paranormal yang boleh memberi petunjuk kepada mereka.

Kamen Rider Ghost 11 – Takzim! Mata Misteri! (BD)

ct3fansubs, 16 June 2017 12:33:51 | Ghost, Release | Tags: , | No Comments
Kamen Rider Ghost 11 – Takzim! Mata Misteri! (BD)

Dengan terkumpulnya 15 Eyecon adiwira oleh Saionji – sebuah gerbang emas muncul di atas Tokong Tenkuuji. Adakah Saionji dapat menunaikan permintaannya, atau Takeru dan Makoto berjaya menyatakan permintaan mereka?