Kanon akhirnya keluar daripada hospital, dan Takeru dan rakan-rakannya menyambut berita baik ini dengan mengadakan parti kecil. Sewaktu berbual dengan Makoto, Takeru akhirnya tahu tentang satu Eyecon adiwira yang Makoto sendiri tak dapat gunakan. Eyecon Houdini – ahli silap mata yang terkenal dengan kepakarannya melepaskan diri dari perangkap-perangkap mustahil.
Ghost, Release | Tags: featured, Ghost | No CommentsTakeru berbelah bagi samada untuk membantu penubuhan Pakatan Sat-Cho ataupun menyiasat masalah gangguan saluran komunikasi kerana perbuatan Ganma. Eyecon Ryoma atau menyelamatkan orang lain? “Impian” Takeru semasih kabur…
Ghost, Release | Tags: featured, Ghost | No CommentsGanma aktif semula, dan gangguan elektromagnet dapat didengari oleh peranti mudah alih dan menyebabkan orang awam pengsan. Dalam keadaan itu, ramai orang yang berkumpul sekitar seseorang di bandar – memberikan nasihat dan motivasi tentang impian mereka. Adakah orang itu penyebabnya?
Ghost, Release | Tags: featured, Ghost | No CommentsDalam berbaki 21 hari, Takeru dan rakan-rakan yang lain perlu mengumpul 4 lagi Eyecon – sebelum Takeru lesap dan hilang sepenuhnya. Masa Takeru semakin suntuk kerana Ganma juga langsung tak menyebabkan fenomena paranormal yang boleh memberi petunjuk kepada mereka.
Ghost, Release | Tags: featured, Ghost | No CommentsDengan terkumpulnya 15 Eyecon adiwira oleh Saionji – sebuah gerbang emas muncul di atas Tokong Tenkuuji. Adakah Saionji dapat menunaikan permintaannya, atau Takeru dan Makoto berjaya menyatakan permintaan mereka?
Ghost, Release | Tags: featured, Ghost | No Comments